Translate

HARGA RUMPAI LAUT

Gred AAAA HIJAU RM 35 / Kg 

Gred AAA UNGU RM 25 / Kg 

Gred AA KUNING RM 25 / Kg 

**HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN
**HARGA PROMOSI TERKINI

*********************************
Kepada sesiapa yang suka makan PEKASAM.
Kami juga membuat & membekal PEKASAM AIR LAUT dibuat khas dari
Kota Kinabalu, Sabah. (klik sini untuk maklumat lanjut)


http://pekasamsabah.blogspot.com/

*********************************

-------------------------------------------------------------------------------------

Rahsia rumpai laut - berita harian 15 April 2013

Dipercayai sebagai ejen penuaan untuk menambah kolagen

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.

" Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

Menjamin kecantikan?
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.

INFO: Rumpai laut
* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.

**sumber diambil dari sesawang berita harian (klik sini)
@
**http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiarumpailaut/Article/

sekian...

PEMBUKA BICARA

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....  

 
 

Rumpai laut adalah sejenis tumbuhan yang hidup di pesisir pantai di mana airnya tidaklah terlalu berombak. Sehingga hari ini pasaran rumpai laut masih lagi tidak dapat menampung permintaan tinggi pelanggan yang semakain hari semakin sedar dengan khasiat pengambilannya...
** sila klik gambar untuk paparan lebih jelas


Oleh itu, dengan terhasilnya blog ini diharapkan dapat memberi peluang kepada individu ataupun syarikat diluar sana mendapatkan info mengenai rumpai laut kolagen dan sekiranyanya berminat boleh mendapatkannya dari kami..
..
Kami menjual dan membekalkan rumpai laut kering / dried seaweed secara online dan terdapat tiga gred rumpai laut kolagen yang terdapat dalam pasaran..
....
1. Gred AAAA berwarna hijau.
2. Gred AAA berwarna ungu violet / red brown.
3. Grea AA berwarna putih / kuning keemasan

Kami juga menyediakan beberapa pilihan tempahan untuk pengguna/ pembeli dalam bentuk :

1. Paket 100 gram..seperti: 1 paket, 2 paket, 25 paket dan k eatas
2. Pukal...seperti: 500 gram, 1 kg, 20 kg, 50 kg, 100 kg dan ke atas..
3. Keperluan industri...seperti: 1 tan, 2 tan, 5 tan ke atas...
4. Produk hiliran PMC..seperti: PMC Soap, PMC Face Mask, PMC Drink, PMC Ekstrak.. 
.

** sila klik gambar untuk paparan lebih jelas
PAKET
Gred AAA - Ungu
Gred AAA - Kuning
Gred AAA - Ungu
Gred AAA - Kuning
PUKAL
Gred AAA - Ungu
Gred AAA - Kuning
Gred AAA - Ungu
Gred AAA - Kuning
PRODUK HILIRAN PMC
 
 
PMC Soap (Sabun)
 
.
Kepada pembeli yang berminat, kami menyediakan rumpai laut yang segar dan murah di pasaran.

 
 

Anda boleh melihat sendiri harga yang kami tawarkan..

Terima kasih kepada anda yang sudi membeli produk rumpai laut kolagen ini dari kami..sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi kami. 

'BERHATI-HATI DENGAN RUMPAI LAUT DIPASARAN SEKARANG..TERDAPAT RUMPAI LAUT YANG DICAMPUR PEWARNA BAGI MENGELIRUKAN PEMBELI DAN DIJUAL PADA HARGA YANG MAHAL'

"PENGEDAR / PEMBORONG
 
DIPERLUKAN SEGERA !!"  

SEKIAN...

APA ITU KOLAGEN ?

Kolagen adalah satu nama yang sangat popular yang sering dikaitkan dengan kesihatan dan kecantikan. Terdapat banyak keluaran yang menggunakan kolagen sebagai daya tarikan kerana ia telah terbukti berkesan untuk menjadikan kulit pemakainya kelihatan gebu, anjal dan bersinar.Mengapa kolagen begitu penting bagi tubuh kita ?Kolagen merupakan protien yang dibina oleh 3 rantaian asid-asid amino berbentuk “helix” yang menjadikan ia serat yang sangat kukuh bagaikan seutas wayar keluli tetapi elastik.

 
Ciri-cirinya seperti gam atau simen itu pula menjadikan tulang rangka dan tulang rawan lebih kukuh dan kuat tetapi sangat elastik. Kemerosotan jumlah kolagen di dalam tulang boleh membawa kepada kerapuhan tulang atau dipanggil “osteoporosis”. Begitu juga pada tulang rawan, kekurangan kolagen akan menjurus kepada radang atau “osteoarthritis”.Alami Kehebatan Ibu Kalogen Asli 100% Rumpai Laut.

 
 
Tahukah anda??? Kebanyakan produk yang berasaskan "Kalogen" yang terdapat dalam kopi, skin care, pelbagai krim... Semuanya telah dicampurkan dengan kolagen mentah, tetapi ianya telah di proses dalam pembuatannya. Khasiatnya masih ada, namun khasiatnya tidak sehebat sepertimana yang asli iaitu Ibu Kalogen Asli 100% Rumpai Laut.. Terbukti sangat berkesan!!!!

 
 
IBU Kolagen bernilai 10 kali ganda lebih tinggi dari sirip yu ( satu mangkuk kecil berharga RM300.00 ) dan khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang yang berharga lebih RM 400.00 di pasaran.Pengambilan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang. Sementara nilai kalsim yang terkandung di dalamnya adalah 37 X lebih tinggi daripada hati ikan.Pemakaian ibu kolagen yang konsisten dapat menjadikan kulit semakin gebu, tegang, cerah dan putih.

 

Dalam minggu pertama penggunaannya pori-pori muka akan mengecil dan lebih rapat serta kelihatan licin. Ibu kolagen ini juga boleh dijadikan masker.Bagi ibu mengandung yang mengamalkan pengambilan ibu kolagen ini kulit bayi akan menjadi putih, bersih dan gebu...
 
  
 
 

    Pure Marine Collagen (PMC) / rumpai laut kolagen

    SHARING IS CARING..

    Nak share cerita tentang PMC aka Pure Marine Collagen yg aku ambil hampir sebulan. bungkusan pertama yg aku buat tu dah habis belum sampai sebulan. ehehhehe ... entah la, menurut kawan aku tu, sebungkus boleh tahan sebulan. mungkin aku makan terover kot. so bungkusan kedua telah aku buat dan kali ni seperti yg dijanjikan, ini la dia .....

    Bungkusan PMC .. Ibu collagen

    Rupa asal PMC .. Original
    Ini PMC gred AA ... PMC gred AAA yg kaler purple pink .. kalau dpt yg tu lg bagus ... mungkin harga pun lebih mahal
    Ada banyak produk PMC dijual di pasaran, ada yg sudah siap diproses dalam bentuk serbuk dengan pelbagai perisa. packaging pun macam2 leh jumpa. aku pilih yg ni kerana tertarik dengan testimoni rakan yg telah menggunakannya selama sebulan. aku sedar setiap orang akan mengalami kesan yg berbeza dalam jangkamasa berbeza. so tak salah kalau mencuba kan!! yg buat aku bertambah yakin tuk guna ialah originality produk tu .... sewaktu aku keluarkan PMC dr bungkusan, terserlah bau hidupan laut. 

    Basuhan pertama

    Pasir halus dasar laut masih ada lagi 

    Basuhan ketiga

    Basuhan ketiga ... warna dia semakin luntur dan kembang

    Basuhan keenam .. basuhan terakhir ... warna dia semakin jernih dan kembang .. bau pun dah hilang

    Masukkan air memenuhi PMC ... biar dia terendam semalamam untuk lembutkan, kembangkan dan hilangkan kekotoran 

    Struktur PMC maintain solid ... tp selepas rendam semalaman, bila basuh dan ramas berulang kali, dia akan patah dan hancur ... 


    PMC ni perlu dibasuh berulang kali. kalau ikut arahan basuh PMC ni mcm basuh beras gitu ... basuh hingga 6 kali ... lebih pun boleh ... sebab nk hilangkan pasir yg halus2 yg melekat  dan bendasing pd PMC. Rendam semalaman untuk melembutkan lagi PMC .. dia akan kembang dan segala kekotoran yg melekat pd PMC akan tanggal. so selepas semalaman, ulang balik semula membasuh PMC macam basuh beras berulang kali hingga 6 kali basuhan. 

    Selepas rendaman semalaman .... PMC bertukar jd putih jernih .. air rendaman jd kekuningan. PMC dh kembang, lembut dan rapuh



    Toskan .... kemudian basuh lagi berulang kali sekurang-kurang 6 kali basuhan lagi 

    Sedia untuk dimasak ... 

    Gambar PMC tuk basuhan selepas rendaman terlupa nk snap ... tp mcm ni la rupa dia .... PMC  hancur dan rapuh serta lembut dan kembang. 

    PMC hendaklah dimasak selama 25 minit, dalam 2.5 liter air, sentiasa kacau supaya hancur dan sebati.

    PMC yg dah masak dan dimasukkan perasa ribena blackurrant. yg berketul2 tu pati PMC. 

    Untuk buat masker, sebelum masukkan perisa, tapis dulu PMC ni untuk amik pati nya. kali ni aku tak tapis sebab pati yg sebelum ni masih banyak lagi ... so kali ni aku nyer PMC makan sekali dengan pati dia. nampak berketul je kan .. tp bila masukkan dlm bekas, simpan dlm fridge, ketul2 tu xde ... rupa dia betul2 mcm agar2. so jgn risau tentang ketul2 tu... it's edible !! yum yummy !!

    simpan dalam storage dan sedia tuk letak dlm fridge ...
    Bungkusan pertama dulu aku letak perisa oren sunquick, dapat 2 bekas ni aje sebab tapis tuk amik pati. yg 1st dulu lepas dh masukkan perisa baru aku tapis. so pati masker aku tu perisa oren ... ehehehe. bungkusan kedua kali ni dpt 3 bekas. satu lg bekas kecik sikit. sengaja buat banyak bekas, sebab setiap kali nk makan kena keluarkan bekas ni, so kalo buat 2 bekas, yg satu lg tu x terusik. habiskan satu bekas dulu ... kalau letak dalam satu bekas aje, asik keluar masuk je la gayanya. lg satu nk jimatkan space peti ais. huhuhuhuhuhu

    Kiub 4 segi tu adalah nata de coco ... PMC ni aku x letak gula, manis dr ribena aje. nk tambah boleh aje ...  bila tambah nata de coco lagi sedap rasa dia ... tak pun tambah sedikit ribena boleh juga .. ikut suka .. 

    Ini la rupa PMC ... sedia dimakan ... 4 sudu besar PMC dangan nata de coco .. baca bismillah dan selawat sebelum makan. insyaAllah berkesan

    Ini pula masker ... perisa oren .. hehehh sikit ni je dah cukup tuk sapu seluruh wajah. nk tempek banyak2 pun apa salahnya. dengan sebungkus PMC, tapis tuk amik pati buat masker, leh tahan sebulan ... 
    Seperti yg sedia maklum, apa sahaja benda yg kita makan bergantung pada badan dan keadaan kita. setengah orang kesan dia cepat, setengahnya lambat. kesan juga berbeza-beza .. so bg aku, aku makan PMC ni tuk kesihatan. almaklumlah aku x mengamalkan pengambilan apa2 supplement kesihatan. lagipun aku xde masalah teruk pada wajah seperti kebanyakan org yg makan PMC, efek dia pada wajah. so bila makan PMC, wajah mereka bertambah baik. tp aku efek dia kat tempat lain. mungkin dia mengalir ke tempat yg sangat memerlukan supplement dalam badan kita. 

    Sekarang dah masuk bulan kedua aku amalkan pengambilan PMC ni ... insyaAllah kalau maintain ambil tuk jangkamasa yg lama, kesan dia juga lebih baik. just wait and see ya !!

    p/s : maklumat diatas dikongsikan dari blogger  --->dindakandaalkisahnya.blogspot.com

    sekian...

    HARGA RUMPAI LAUT

    ----------------------------------------

    PAKET 
    HARGA TERMASUK KOS PENGHANTARAN
    GRED / PAKET
    1
    SYARAT
    Gred AAAA
    HIJAU
    8.00

    BELIAN MINIMA
    10 PAKET
    Gred AAA
    UNGU
    6.00
    Gred AA
    KUNING
    4.00
    ----------------------------------------

    PUKAL 
    HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN
    GRED / BERAT
    diskaun
    1 KG
    -
    5 KG
    5%
    10 KG
    7%
    15 KG
    11%
    20 KG
    15%
    Gred AAAA
    HIJAU
    42
    210
    200
    420
    391
    630
    561
    840
    714
    Gred AAA
    UNGU
    20
    100
    95
    200
    186
    300
    267
    400
    340
    Gred AA
    KUNING
    15
    75
    71
    150
    140
    225
    200
    300
    255
    -> Sekiranya harga di atas tidak menepati harga yang anda inginkan, 
    sila hubungi kami bagi mendapatkan harga yang diingini <--
    " RUNDING SAMPAI JADI "
    KOS PENGHANTARAN
    BERAT / KOS POS
    POS LAJU
    POS DOMESTIK
    1 KG
    15
    10
    5 KG
    80
    35
    10 KG
    140
    60
    15 KG
    200
    80
    20 KG
    240
    100
    POSLAJU : 2 - 3 hari bekerja
    POS DOMESTIK (UDARA) : 4 - 7 hari bekerja
    **sumber diambil dari sesawang POS MALAYSIA (www.pos.com.my) 
    ----------------------------------------

    ----------------------------------------

    ----------------------------------------